Cara melukis Wajah Manusia
Di sini saya ingin memberikan secara asas untuk melukis wajah manusia
secara anatomikal. Pelukis profesional tidak memerlukan panduan garisan
untuk melukis, tetapi bagi pelukis yang baru hendak belajar , mereka
sangat memerlukan panduan untuk melukis wajah manusia secara anatomikal.

Langkah
pertama yang perlu diakukan adalah dengan letakkan guideline. Lukiskan
dua bulatan besar dan bulatan kecil dibawah. Kemudian gariskan tiga
garisan melintang secara selari. Garisan atas adalah untuk paras rambut.
Garisan tengah untuk paras bulu kening dan garis bawah adalah garisan
paras bawah hidung. Lukiskan garisan dibawah dahulu kemudian garisan
ditengah bulatan besar. kemudian di atas kekali secara selari. Tidak
perlu menggunakan pembaris. Biasakan diri anda untuk tidak gunakan
pembaris kerana kita melukis wajah manusia bukan lukis wajah seekor
robot. Berapa besar bulatan tersebut. Ini adalah yang perlu anda
perhatikan. Belajar dari pemerhatiaan. Untuk wajah orang dewasa dan
wajah kanak-kanak adalah berlainan. Kanak-kanak mempunyai bulatan yang
lebih besar (bulatan diatas). Paras mata kanak-kanak adalah sedikit
kebawah berbanding dewasa.

Langkah
seterusnya adalah melukis bahagian hidung dan mata. lukis hidung diatas
garisan. Kemudian larikkan bulu kening kemudian lukiskan bahagian mata.
Bahagian mata ini adalah sangat penting. Bahagikan tengah tersebut
kepada 5 section. Tidak perlu mengukur, cukup sekadar mengagak sahaja
kerana wajah manusia berbeza-beza. section yang kedua dan keempat itu
dilukis mata. Nanti saya akan beri penerangan lanjut bagaimana untuk
melukis mata.

langkah
terakhir adalah melakar secara penuh rupabentuk wajah manusia tersebut.
Cuba perhatikan bahagian telinga manusia tersebut. jarak telingga
adalah sama dengan paras garisan kedua dan ketiga. telinga juga sama
paras dengan dengan atas kening. Perlu diingat sepanjang pengalaman
saya, paras kening adakala lebih terangkat sedikit daripada paras atas
telinga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar